PENING!!! PENING!!!! KESIAN CIKGU DANIEL..." ish ish.... apa nak jadi dengan kelas ni ", keluh cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra." Murid - murid, sila duduk ditempat masing - masing ", arah Cikgu Daniel.
Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid - murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid - murid yang masih leka denagn hal masing - masing. Situasi seperti ini seringkali terjadi kepada guru - guru baru di luar sana. Guru harus bijak menguruskan bilik darjah dan tingkah laku murid - murid supaya sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dapat berjalan dengan baik tanpa gangguan. insyaAllah entri2 di dalam blog ini akan membantu guru - guru dan juga bakal guru seperti saya menghadapi situasi seperti ini kelak :) |
|